Saturday, September 12, 2009

Serbuan Tentera di Tahap Tertinggi

Kedaulatan rakyat di Sabah telah mencapi tahap bahaya apabila Tentera Bersenjata digunakan untuk memenuhi halatuju Politik. Dalam halaman pos saya sebelum ini, PERUBAHAN MALAYSIA SEBAGAI NEGERI POLIS? Saya telah menyuarakan rasa malu dan keji kepada regim pemerintahan sekarang, yang telah mengarahkan dan mempersalahgunakan semua dana institusi umum di dalam Negara ini. Yang mana fundamentalisma dan tanggungjawab utama mereka untuk mempertahankan keselamatan Negara dan keutamaan Rakyat dipersoalkan.

Serbuan pegawai tentera bersenjata yang telah memaksa seorang penduduk tempatan Datu Pengiran Ahmad Datu Ali Alam, seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), untuk menurunkan bendera parti yang beliau telah kibarkan dengan bangga di rumah beliau, adalah semata-mata mematuhi arahan of Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi melalui lawatan operasi “ops pasir”. Arahan ini bukan sahaja perlakuan yang sangat besar dan tindakan salahgunakan kuasa, tetapi arahan ini juga, adalah kuasa penghakisan total dan pencabulan hak asasi rakyat dan hak kebebasan untuk berorganisasi dengan parti politik pilihan sendiri.

Adalah difahamkan bahawa pihak polis telah menyerahkan laporan polis yang dibuat oleh Datu Pengiran Ahmad kepada pihak tentera untuk tindakan selanjutnya. Saya juga telah diberitahu oleh Datu Pengiran Ahmad sendiri bahawa beliau juga telah ditawarkan oleh seorang pihak ke-tiga untuk membatalkan dan menarik kembali laporan polis tersebut.

Saya sungguh terkejut apabila mendengar berita ini, yang mana bagi saya sesuatu usaha untuk “menutup” episode semuanya di muka bumi. Ini juga telah menyakinkan saya dalam pos saya sebelum ini bahawa, peristiwa ini mencerminkan tanda yang nyata bahawa regim pemerintah sangat takut kepada kedatangan pihak Pembangkang, dan mereka sanggup membuat segala upaya untuk menimbulkan rasa takut atau membuat ancaman kepada rakyat yang menyokong pihak Pembangkang.

Ahli Dewan Tertinggi, Hj. Ansari Abdullah dan semua ahli tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah, telah memohon kepada pihak tentera untuk menghidari dari pencengahan politik di negeri ini. Demikian ulasan mereka dibuat di perutusan akhbar di pejabat PKR, Sabah baru-baru ini. Rakaman video dikepilkan untuk tentapan umum.







2 comments:

  1. PKR seemed to be getting their acts together now. Keep up the good work. It is arrogant and abuse of power to order PKR flag to be down. Malaysian police has a bad reputation. MACC is suffering from Teo case. It is better for Army to stay away from politics.

    ReplyDelete
  2. Ansari and other leaders are doing the right thing, with style and courage. Congratulation, PKR seems to be moving in right direction.

    ReplyDelete