
Slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Sekarang ; yang dijulang tinggi dan dimegah-megahkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib, kini hanya menjadi wap panas dan slogan yang hanya membabi buta sahaja. Rakyat tempatan Sabah yang tinggal di pendalaman daerah Penampang, merasa sedih

perit dengan ancaman projek RM 2.8 Billion
Empangan Koiduan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Project Empangan tersebut diluluskan tanpa membuat laporan Kesan kepada Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Kesan kepada Sosial melalui perbentangan di Kabinet Negeri Sabah dan meluluskan permohonan daripada
WCT Berhad: Syarikat yang sama dengan Kontraktor yang ditawarkan untuk Project Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Empangan tersebut akan merangkumi 12 Km Persegi, kawasan hutan dan tanah pertanian. Apa yang lebih kesal adalah, kawasan tersebut akan menenggelamkan lebih 9 buah kampong penduduk tempatan yang telah bertapak di kawasan tersebut berkurun lamanya. Ini jelas menunjukkan suatu pencerobohan dan salah laku kepada hak asasi penduduk tempatan di Penampang yang mana petikan
“Persetujuan yang jelas dan menyeluruh haruslah diterima” seperti yang tercatat di dalam Pengistiharan Negara Persekutu (UN) kepada hak asasi Rakyat Asli, dimana Malaysia adalah salah satu daripada Negara dunia yang menandatangani pengistiharan tersebut.
Kampung-kampung yang terlibat adalah Buayan, Terian, Babagon

Laut, Timpayasa, Tiku, Longkogungan, Kalanggaan, Pongobonon dan Kionop. Sementara 5 lagi kampung yang termasuk di dalam daerah Papar dan merupakan tanah pertanian termasuk, Bolotikon, Koiduan, Bisuang, Kogopon dan Limbahau akan turut ditenggelamkan; tempat-tempat yang bersejarah yang penting kepada Negeri Sabah di persekitaran Sungai Papar, kawasan hutan tropika, Flora dan Fauna yang unik dengan eko-sistem biologika di Banjaran Kroker akan turut menjadi mangsa kepada projek empangan ini. Taburan penduduk di semua kawasan yang terlibat adalah lebih kurang 2500 dan semua mereka adalah penduduk rakyat asli negeri Sabah.

Semasa lawatan Penulis ke kampung yang bakal ditenggelamkan ini, beliau telah berbual dengan Encik Nousi Giun, Pengerusi kepada Kommitti Gerakan Bersama, yang dibentuk khas untuk menghalang projek Empangan tersebut. Mereka akan menentang habis-habisan dan sanggup mengadai nyawa mereka demi menyelamatkan tanah pusaka mereka. Menurut beliau mereka tidak berminat sama sekali kepada apa jenis pampasan, program pendudukan semula atau apa jua kompromi dan janji-janji manis kerajaan BN. Kini semua penduduk kampung di sekitar kawasan yang terlibat mengadakan sembayang beramai-ramai; berdoa kepada Tuhan yang Esa untuk menyelamatkan mereka dan meyelamatkan tanah Pusaka mereka yang kita dibajak dan ditanam untuk memenuhi keperluan harian mereka.
Infrastuktur asas seperti jalanraya masih lagi dalam keadaan yang sungguh memilukan dan luarbiasa sekali kerana Malaysia sudah Merdeka selama 46 tahun tetapi kawasan kampung ini masih lagi dalam keadaan 46 tahun kebelakangan. Slogan yang berkumandang dijulang tinggi dan dimegah-megahkan, 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Sekarang, hanya menjadi lagu hiburan sahaja kerana di kawasan Penampang ini masih lagi kekal dengan keadaan yang sangat dahagakan kepada pembangunan infrastuktur yang dijanji-janjikan.
Apa yang lebih mengejutkan adalah kenyataan laporan kesesuaian tapak yang dibuat oleh
Syarikat WCT Berhad yang melaporkan bahawa kawasan tersebut tidak berpenduduk? Encik Nousi mengeluh tiada seorang pun yang datang dan memberi tahu kepada kami akan projek ini, apatah lagi mendapat kelulusan daripada orang kampung? Rakyat Asli Sabah ini juga menerima sokongan padu daripada NGOs seperti PACOS, JICA, JOAS dan lain-lain. Organisasi-organisasi ini telah lama berkerjasama dengan mereka dan keperihatinan mereka, memberi sumbangan tenaga membantu mempertingkatkan tahap kehidupan penduduk kampung.

Meninjau dari segi politiknya, kawasan Penampang adalah dibawa kuasa UPKO, komponen parti UMNO/Barisan National. Menteri Persekutuannya adalah
Tan Seri Bernard Dompok yang pernah ditolak oleh penduduk tempatan Penampang sendiri. Adalah difahamkan bahawa beliau menutup mulut kerana projek tersebut adalah projek yang didalangi oleh UMNO. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah, sementara penduduk tempatan Penampang bertungkus lumus, berdoa siang dan malam, dan sanggup mengadaikan nyawa mereka menentang projek empangan tersebut, beliau dengan diam, sibuk dengan usaha membuka cawangan UPKO di Semenanjung Malaysia dan menawarkan kepada Orang Asli dari Semenanjung sebagai ahli.
Sementara itu, penulis mendapat peluang untuk berhubung dengan
Datuk Masidi Manjun,

Menteri Pelancungan dan Alam Sekitar Sabah melalui Facebook. Beliau berkata; tidak tahu sama sekali mengenai RM2.8 Billion projek Empangan ini dan begitu juga dengan Tan Seri Bernard Dompok? Jadi persoalannya siapa yang memberi kata putus mengenai dengan hal ini? Adakah Kerajaan Negeri Sabah ditadbir oleh Kabinet Dapur? Jika Menteri Persekutuan Penampang sendiri tidak diberi tahu, dan Menteri Penuh Negeri Sabah, Menteri Pelancungan dan Alam Sekitar sendiri berkata beliau tidak tahu tentang projek tersebut, siapa sebenarnya yang memberi kata putus? Adakah ini merupakan kerajaan “Remote Control”?

Projek Empangan Koiduan dilaporkan 3 kali lebih besar daripada Empangan Babagon, iaitu empangan yang besar dan juga terletak di Daerah Penampang. Kawasan Empangan Koiduan yang kaya dengan kayu-kayannya telah mula diterokai dan kayu-kayannya dari hutan rimba semulajadi ini telah dirompak. Jelas menunjukkan pihak kerajaan bertangungjawab dengan perkara ini dan rakus mengondoli kawasan projek yang kaya ini.

Persoalannya
“Adakah projek ini bertujuan untuk pembangunan atau permusnahan? Jika ya! Pembangunan ini adalah untuk siapa dan atas perbelanjaan siapa?