Slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Sekarang ; yang dijulang tinggi dan dimegah-megahkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib, kini hanya menjadi wap panas dan slogan yang hanya membabi buta sahaja. Rakyat tempatan Sabah yang tinggal di pendalaman daerah Penampang, merasa sedih perit dengan ancaman projek RM 2.8 Billion Empangan Koiduan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Project Empangan tersebut diluluskan tanpa membuat laporan Kesan kepada Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Kesan kepada Sosial melalui perbentangan di Kabinet Negeri Sabah dan meluluskan permohonan daripada WCT Berhad: Syarikat yang sama dengan Kontraktor yang ditawarkan untuk Project Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Empangan tersebut akan merangkumi 12 Km Persegi, kawasan hutan dan tanah pertanian. Apa yang lebih kesal adalah, kawasan tersebut akan menenggelamkan lebih 9 buah kampong penduduk tempatan yang telah bertapak di kawasan tersebut berkurun lamanya. Ini jelas menunjukkan suatu pencerobohan dan salah laku kepada hak asasi penduduk tempatan di Penampang yang mana petikan “Persetujuan yang jelas dan menyeluruh haruslah diterima” seperti yang tercatat di dalam Pengistiharan Negara Persekutu (UN) kepada hak asasi Rakyat Asli, dimana Malaysia adalah salah satu daripada Negara dunia yang menandatangani pengistiharan tersebut.
Kampung-kampung yang terlibat adalah Buayan, Terian, Babagon Laut, Timpayasa, Tiku, Longkogungan, Kalanggaan, Pongobonon dan Kionop. Sementara 5 lagi kampung yang termasuk di dalam daerah Papar dan merupakan tanah pertanian termasuk, Bolotikon, Koiduan, Bisuang, Kogopon dan Limbahau akan turut ditenggelamkan; tempat-tempat yang bersejarah yang penting kepada Negeri Sabah di persekitaran Sungai Papar, kawasan hutan tropika, Flora dan Fauna yang unik dengan eko-sistem biologika di Banjaran Kroker akan turut menjadi mangsa kepada projek empangan ini. Taburan penduduk di semua kawasan yang terlibat adalah lebih kurang 2500 dan semua mereka adalah penduduk rakyat asli negeri Sabah.
Semasa lawatan Penulis ke kampung yang bakal ditenggelamkan ini, beliau telah berbual dengan Encik Nousi Giun, Pengerusi kepada Kommitti Gerakan Bersama, yang dibentuk khas untuk menghalang projek Empangan tersebut. Mereka akan menentang habis-habisan dan sanggup mengadai nyawa mereka demi menyelamatkan tanah pusaka mereka. Menurut beliau mereka tidak berminat sama sekali kepada apa jenis pampasan, program pendudukan semula atau apa jua kompromi dan janji-janji manis kerajaan BN. Kini semua penduduk kampung di sekitar kawasan yang terlibat mengadakan sembayang beramai-ramai; berdoa kepada Tuhan yang Esa untuk menyelamatkan mereka dan meyelamatkan tanah Pusaka mereka yang kita dibajak dan ditanam untuk memenuhi keperluan harian mereka.
Infrastuktur asas seperti jalanraya masih lagi dalam keadaan yang sungguh memilukan dan luarbiasa sekali kerana Malaysia sudah Merdeka selama 46 tahun tetapi kawasan kampung ini masih lagi dalam keadaan 46 tahun kebelakangan. Slogan yang berkumandang dijulang tinggi dan dimegah-megahkan, 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Sekarang, hanya menjadi lagu hiburan sahaja kerana di kawasan Penampang ini masih lagi kekal dengan keadaan yang sangat dahagakan kepada pembangunan infrastuktur yang dijanji-janjikan.
Apa yang lebih mengejutkan adalah kenyataan laporan kesesuaian tapak yang dibuat oleh Syarikat WCT Berhad yang melaporkan bahawa kawasan tersebut tidak berpenduduk? Encik Nousi mengeluh tiada seorang pun yang datang dan memberi tahu kepada kami akan projek ini, apatah lagi mendapat kelulusan daripada orang kampung? Rakyat Asli Sabah ini juga menerima sokongan padu daripada NGOs seperti PACOS, JICA, JOAS dan lain-lain. Organisasi-organisasi ini telah lama berkerjasama dengan mereka dan keperihatinan mereka, memberi sumbangan tenaga membantu mempertingkatkan tahap kehidupan penduduk kampung.
Meninjau dari segi politiknya, kawasan Penampang adalah dibawa kuasa UPKO, komponen parti UMNO/Barisan National. Menteri Persekutuannya adalah Tan Seri Bernard Dompok yang pernah ditolak oleh penduduk tempatan Penampang sendiri. Adalah difahamkan bahawa beliau menutup mulut kerana projek tersebut adalah projek yang didalangi oleh UMNO. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah, sementara penduduk tempatan Penampang bertungkus lumus, berdoa siang dan malam, dan sanggup mengadaikan nyawa mereka menentang projek empangan tersebut, beliau dengan diam, sibuk dengan usaha membuka cawangan UPKO di Semenanjung Malaysia dan menawarkan kepada Orang Asli dari Semenanjung sebagai ahli.
Sementara itu, penulis mendapat peluang untuk berhubung dengan Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancungan dan Alam Sekitar Sabah melalui Facebook. Beliau berkata; tidak tahu sama sekali mengenai RM2.8 Billion projek Empangan ini dan begitu juga dengan Tan Seri Bernard Dompok? Jadi persoalannya siapa yang memberi kata putus mengenai dengan hal ini? Adakah Kerajaan Negeri Sabah ditadbir oleh Kabinet Dapur? Jika Menteri Persekutuan Penampang sendiri tidak diberi tahu, dan Menteri Penuh Negeri Sabah, Menteri Pelancungan dan Alam Sekitar sendiri berkata beliau tidak tahu tentang projek tersebut, siapa sebenarnya yang memberi kata putus? Adakah ini merupakan kerajaan “Remote Control”?
Projek Empangan Koiduan dilaporkan 3 kali lebih besar daripada Empangan Babagon, iaitu empangan yang besar dan juga terletak di Daerah Penampang. Kawasan Empangan Koiduan yang kaya dengan kayu-kayannya telah mula diterokai dan kayu-kayannya dari hutan rimba semulajadi ini telah dirompak. Jelas menunjukkan pihak kerajaan bertangungjawab dengan perkara ini dan rakus mengondoli kawasan projek yang kaya ini.
Persoalannya “Adakah projek ini bertujuan untuk pembangunan atau permusnahan? Jika ya! Pembangunan ini adalah untuk siapa dan atas perbelanjaan siapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Petikan ini sungguh menyedihkan... Tuhan itu adil dan Tuhan akan berkuasa dalam hal ini.
ReplyDeleteBeberapa tahun dahulu, penduduk Kg sperti di Kg Buayan dan Kg. Bolitikon, di daerah Penampang; juga di dalam daerah Empangan ini, telah di paksa untuk keluar daripada kampung mereka kerana, kerajaan memberitahu Kampung mereka terletak di dalam kawasan Hutan Simpanan dan mereka harus meninggalkan kampung mereka.
Meninjau kepada Nasip penduduk kampung tersebut sekarang, mereka masih lagi menumpang dengan saudara mara mereka dan ada di antara kalangan keluarga atau anak-anak mereka terpaksa bercerai dan tinggal dengan beberapa ahli keluarga yang lain. Kerajaan tidak pernah membantu mereka atau memberi pampasan mahu pun menyediakan tapak khas untuk mereka membuat rumah dan bercucuk tanam.
Nampaknya ini adalah teknik Kotor kerajaan kerana apabila kampung-kampung ini kononnya telah dikosongkan, baru lah alasan dahulu, hutan simpan, kini menjadi Empangan pula.
Nasip anak orang asli Sabah, orang pendatang anak emas, anak sendiri di anak tirikan.
Syabas dan tahnia kepada para pemimpin negeri PKR dengan keberanian yang ditunjukan mengenai isu hak tanah KDM.Terutama sekali kepada Pengarah Komunikasi yang bikin serupa cakap,kami orang Sabah,terutama sekali bangsa KDM amat bangga dengan adanya seorang pemimpin saperti kamu yang betul betul menyuarakan hak hak kami,bukan saja menulis tetapi turun padang juga.Ini yang kami mahu melihat daripada pemimpin.
ReplyDeleteLawan tetap lawan.
Apa ba tujuan Kerajaan membuat Empangan ini? Kalau SESB sendiri kasih bagus semua dia punya sumber elektrik... kerajaan boleh menampung keperluan tenaga bah... Tidak lama lagi logi tenaga petronas di Kinarut siap pada tahun 2012 juga dapat mengeluarkan tenaga lebih daripada tenaga yang boleh dikeluarkan oleh Empangan Baru ini.
ReplyDeleteJadi kalau ada lagi Empangan macam ini buat apa?, tenaga pun berlebihan untuk siapa? Cuba lihat peratusan pertumbuhan penduduk Sabah, walau pun paling luar biasa di seluruh Malaysia, yang mencatitkan penambahan 78% sekitar tahun 1980 hingga 1990 pun masih lagi boleh menampung tenaga yang boleh dihasilkan dari SESB (kalau diurang betul-betul mengunakan kuasa maxima) dan kuasa loji di Kinarut ba?
Macam menteri-menteri kita KDM ini, saya tidak percaya Datuk Masidi dan Tan Seri Bernard tidak tau itu projek, tatap kana sumbat mulut dengan duit suda ni, sanggup pemimpin kita buat kerja macam ini untuk tujuan apa? Duit? Itu Duit kau tidak boleh bawa mati bah..... Tapi tanah untuk anak-anak saya, yang saya sudah tanam sayur, buah-buahan kau langgar saja!!!!! Sanggup kerana rasuah,,,, hidup 2500 orang di kawasan ini merempat. Kawasan sejarah semua hilang, cuba lah kalau tanah kau, rumah kau Tan Seri Bernard sendiri di Inobong tu kana tenggelam, apa kau rasa? Kau ada duit,,, kau tidak poduli. Semua Orang tau, kau ada PR di Australia ba, si Datuk Pairin pun bogitu, anak2 kamu semua di Overseas di Australia, semua ada PR... kami di Kampung macam ni apa yang kami ada... itu pun tanah pusaka kami di rampas buat empangan? macam kami nak buat apa.... ?
Tolong lah kami semua menteri KDM, UMNO pun kamu biarlah, tolong kami jangan kasi banar itu projek empangan....
Bayangkan selama-lamanya kamu hidup, kamu akan diingati yang kamu tidak bantu orang kau sendiri, kamu biarkan tanah kami di rampas... Saya akan senantiasa kasi tau anak sia siapa harus bertanggungjawab? Biar lah kalau ada antara kami mati kerana menentang empangan ini, darah kami di tangan kamu!!!! Tolong kami.
Jika ia dibina atas dasar kebaikan semua,saya berpendapat bahawa ini adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Sistem air yang tidak rata akan membebankan ramai penduduk dan saya faham akan kesusahan mereka yang terpaksa mengorbankan tanah kesayangan.Saya bukanlah sesiapa untuk memberi bantuan tapi apa yang saya harapkan ialah win2 situation,di mana kedua belah pihak gembira dengan keputusan itu.
ReplyDeleteApakah yang harus kita lakukan untuk menggantikan projek empangan ini? Adakah terdapat pilihan kedua bagi menyelesaikan masalah kekurangan air di sabah ini? Bila kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan ekoran daripada masalah kekurangan air pihak tertentu melenting dan bila kerajaan mengambil langkah tertentu pun masih melenting lagi. Jadi?
ReplyDeleteSecara positifnya langkah ini mungkin akan sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah air di Sabah...
ReplyDeleteYa... saya x nafikan agak menyedihkan penduduk di kawasan yang terlibat kerana mereka langsung tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara ini...
Namun saya berharap agar win-win situation diamalkan:)
Saya harap gov & penduduk yang terlibat dapat mencapai kata putus yang baik...
ReplyDeleteMemang sukar untuk puaskan hati semua pihak tetapi untuk kebaikan bersama sudah sampai masanya kita perlu amalkan win-win situation...
Kalau la ada cara yang lebih baik....
ReplyDeleteBingung:(
Sudah menjadi adat bahawa sesuatu yang berlaku terdapat kebaikkan dan keburukannya. Namun sekiranya kebaikkan mengatasi keburukan maka tidak salah memilih untuk melaksanakan pembinaan empangan ini.
ReplyDeleteSaya cuma berharap agar penduduk yang terlibat dan kerajaan dapat mencapai kata sepakat dewmi kebaikan bersama :)
ReplyDeleteSaya yakin kalau ada cara lain pasti kerajaan akan guna cara tersebut...
ReplyDeleteNamun apapun keputusan kerajaan kita patut menyakini mereka kerana saya yakin itulah yang terbaik untuk rakyat :)
Setiap perkara ada baik burukknya... Namun kalau pembinaan empangan ni bawa lebih banyak manfaat kepada orang Sabah - Saya akan sokong keputusan kerajaan 100% :)
ReplyDeleteJangan risau semuanya akan beransur baik :)
ReplyDeleteMarilah kita sama2 berdoa kio :)
Saya memang kasian sama itu orang kampung.. Tapi macam mana lagi kalau inilah jalan yang terbaik...
ReplyDeleteApapun saya betul2 harap dua2 pihak ada persetujuan la...
Jangan begaduh, bincang dulu bagus2 k :)
Kalau lah ada jalan lain kan bagus... Tapi saya rasa kan memang takda jalan lain ba selain amalkan win-win situation :)
ReplyDeleteHarap2 semuanya OK la...
Takda air - bising, takda elektrik pun bising... So kerajaan mo buat empangan pun bising...
ReplyDeleteJadi apa lagi yang kita mahu kerajaan buat???
aduuiii pening kepala ba ni...
Kalau terpaksa memilih antara 1 - saya sendiri pun susah mahu pilih...
ReplyDeleteSaya cuma mampu berharap perkara ni ada kesudahan yang baik - janganlah sampai berlaku kemalangan jiwa gara-gara mahu pertahankan pendapat masing-masing...
Kalau tujuan pembinaan empangan ni untuk kebaiakn rakyat Sabah apa salahnya...
ReplyDeleteSaya faham penduduk yang terlibat tu pasti marah dan sanggup bermati-matian mempertahankan hak mereka - saya puji sikap tu...
Tapi kalau kerajaan bagi pampasan yang berbaloi, tak salah untuk kita cuba menerima baik pembinaan ni :)
susah juga kalau telamapau banyak persoalan tanpa jawapan yang pasti...
ReplyDeleteMenunding jari ketika keputusan da dibuat pun susah juga...
So cara terbaik ialah berusaha mencapai persetujuan bersama, win-win situation dan saling menerima :)