Monday, August 31, 2009

Semangat Kemerdekaan Menyanggah Perhambaan dan Membina Keyakinan Baru

Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat ,menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom “siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?” Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua.

Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM

9 comments:

  1. Terima Kasih Dato Seri Anwar,kami rakyat Sabah akan berjuang bersama kamu sampai ke-Putrajaya.

    Syabas kepada Pengarah Komunikasi Negeri PKR Sabah kerana memberikan nafas baru dengan blog ini.

    Selamat Berbuka Puasa.
    MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA.

    ReplyDelete
  2. I can see a wind of change taking place in PKR Sabah.Keep in up,the road to Putrajaya is getting closer.

    PKR Die Hard.

    ReplyDelete
  3. After 50 years as opposition, the Democratic party of Japan has finally won the general elections. But unlike Malaysia, the election in Japan is transparent and the voters are matured and the
    understands what is stake. The creation of phamtom voters achieved its objective when finally PBS lost its grip to run the government. To counter the PKR and its allies to win the next elections,
    it will not be surprising if phamtoms voters is used as a mean to regain the power by the BN.
    The road to Putrajaya for PKR isnt an easy task.
    It is not as simple as a fight between David and Goliath.

    ReplyDelete
  4. There is no other way other than the vehicle of Pakatan Rakyat all the way to Putrajaya for PR Government. Malaysians must see the big picture.

    ReplyDelete
  5. It is a good decision of the PKR leadership to creat the post of communication and to have this blog.

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih Dato Seri Anwar, kerana penyempaian ini lebih menyedarkan saya, siapa saya den tanggungjawab saya di bumi Sabah yang bertuah ini, sebagai anak watan sabah seharusnya hak-hak kami dipertahankan dengan segenap jiwa dan raga dan bukan digadai atau dijual, tetapi hari ini sudah banyak berubah dan mungkin dalam tempuh kurang dari 30 tahun dari hari ini kami sebagai anak watan sabah akan kehilangan hak-hak ini dan akhirnya anak cucu kami akan merempat di bumi sendiri bak kata pepatah "AYAM DIKEPOK MATI KELAPARAN DAN ITEK DIAIR MATI KEHAUSAN" Angara tangan-tangan durjana.

    Uncle Sam

    ReplyDelete
  7. Bagus juga DSAI cakap g2 tapi yang last paragraph message 31 Ogos, 1957 tu message tuk MALAYA. Sabah belum merdeka lagi.
    Lagi bagus juga kalau kita stress Kemerdekaan Malaysia dan jangan stress tu 52tahun merdeka cos Malaya merdeka 52tahun dan Sabah dan Sarawak cuma 46tahun.
    Kalau stress tu 52tahun macam Malaya imposes sejarah dia keatas Sabah dan Sarawak. Mana dignity orang..Keadilan bukan Penindasan sejarah.

    ReDBull

    ReplyDelete
  8. I emphasised transparency of the elections and maturity of the voters in my last comments. I hope PKR will take note of this because you want to win the election, win big not a hung parliament where the elected MPs and Assemblies take advantage of the situation. It is therefore paramount that only those who are unlikely to ditch PKR is selected as candidate. Not an easy task though.

    ReplyDelete
  9. Syabas atas perutusan Datuk Seri Anwar sempena HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-52.Dalam menikmati hari merdeka pada tahun ini,kita telah diHADIAHkan kenaikkan MINYAK oleh KERAJAAN BN.Sesungguhnya apakah 1MALAYSIA ini akan menjadikan RAKYAT menderita?Apakah 1MALAYSIA akan menjadikan NEGARA kita HANCUR dari segi EKONOMI dan dipinggirkan oleh negara-negara membangun?

    ReplyDelete