Sunday, November 15, 2009

FITNAH BERTERUSAN DALAM LAMAN WEB MALAYSIAKINI OLEH JOE FERNANDEZ

Kenyataan Sohon Singh yang mendakwa seorang Ketua Bahagian PKR Sabah lari ke Cina kerana hutang adalah satu fitnah dan tidak berasas sama sekali. Walaupun nama saya tidak disebut, umum mengetahui ianya merujuk kepada saya kerana cuma saya seorang ketua bahagian yang juga seorang peguam yang telah menunaikan fardu haji.

2. Sebelum ini pelbagai tomahan dan fitnah telah di lemparkan oleh Joe Fernandez (kanan) dalam tulisanya di Malaysiakini dan Sabahkini tetapi saya hanya berdiam diri. Bagaimanapun, apabila keimanan saya telah cuba dicemari dengan fitnah saya telah membohongi seorang pada hari saya berlepas ke Mekkah, ianya telah melampaui batas etika kewartawanan dan peradaban manusia.

3. Sohon Singh bukanlah anakguam saya dan saya tidak pernah menerima atau pun berhutang kepadanya satu sen pun. Ini adalah kali ketiga dia digunakan untuk menyerang peribadi saya. Pertama pada tahun 2007 apabila dia dijemput untuk berucap menyerang peribadi saya di hadapan ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli KDM Task Force di Sokid Villa.

4. Kedua apabila orang-orang tertentu yang telah dicam oleh penyokong-penyokong saya, telah mengedarkan surat layang serta salinan laporan polis semasa pilihanraya pada bulan Mac, 2008.

5. Kini Sohon Singh telah digunakan untuk mengaibkan saya sebagai seorang Muslim dan peguam. Ianya bukan saja bermotifkan politik tetapi juga untuk menjejaskan reputasi saya di dalam profession yang telah saya ceburi selama 30 tahun dan menjatuhkan pandangan orang-orang Muslim terhadap saya. Ini sangat kotor dan jijik.

6. Saya tahu pengecut-pengecut yang menjadi dalang di sebalik serangan-serangan ini. Mereka mengangap saya adalah batu penghalang dalam usaha mereka untuk menguasai PKR Sabah secara langsung atau melalui proksi mereka.

7. Saya amat kesal satu laman web yang di hormati boleh di jadikan kuda tunggangan untuk mendewa-dewakan pemimpin tertentu dan memburukan yang lain. Joe Fernandez sebagai seorang wartawan veteran sepatutnya mengasingkan perasaanya sebagai ahli Borneo Heritage Foundation agar penulisannya tidak berat sebelah. Ada juga kawan-kawan yang memaklumkan kepada saya tentang anak-anaknya yang berkerja dengan syarikat-syarikat milik seorang peminpin Barisan Nasional.

8. Saya menafikan segala tuduhan dan “insinuations” yang terkandung dalam rencana bertajuk “Sabah PKR Divisional Chief ran to China from Debt” yang di siarkan pada 13hb November. 2009. Saya telah memberikan kenyataan saya kepada Polis dan akan berkerjasama dengan mana-mana ajensi termasuk MACC agar kebenaran dapat di tegakan. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Sohon Singh, Joe Fernandez dan Malaysiakini.


Hj Ansari Abdullah

15hb Nobember, 2009.

8 comments:

  1. Memang benar Joe Fernandez adalah alat kepada Jeffery Kitingan dan seorang yang berkepala dua.Artikel yang saya telah baca dalam Malaysiakini,sama saperti seorang yang tidak waras permikiran dan motif hanya untuk mencemarkan nama baik PKR dan pemimpin.

    Bawa beliau kemahkamah supaya keadilan dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  2. The only good and honourable thing left for Ansari to do in order to redeem PKR Sabah for the crime that Joe Fernandez had committed in fabricating lies gossips and hatred towards PKR and Anwar Ibrahim and other PKR leaders in this conspiracy was TO TAKE JOE FERNANDAZ to court to expose his evil intention and motive to the reading public that he has misled. Let Joe Fernandez have a defamation suit to state the truth nothing but the truth in court to flush out all the backers behaind him and to expose his lies and unprofessionalism as jounalist. It is good to the public and people of Malaysia and especially Sabah to know the truth, and the truth is all that had happened in PKR Sabah recently was simply the greed of one man.

    ReplyDelete
  3. I totally agreed with anonymous, Malaysiakini Sabah correspondent should be transferred to another department in Malaysia Kini, this is not ethical journalism...........

    ReplyDelete
  4. Sebagai amk negeri kami menyokong agar Blogger bernama Joe Fernandez Edetor Malaysiakini berhenti dari membuat fitna terhadap sesiapa pun pimpinan PKR,kalau iapun nak mengampuh Dr.Jefry biarlah bertempat. Dan harus kita ingat D.J bukan lah pemimpin yang agong di negeri sabah,kerna dah beberapa kali dia bertanding tak pernah menang, rakyat sabah telah menolak D.J ini di sebabkan setiap kali dia menyertai mana-mana Parti tempatan sabahan sudah pasti parti tersebut hancur seolah-olah D.J ini agent BN. Saudara Joe Fernandez tak membuat siasatan ke...

    Pendek kata mungkin malaysiakini ini dimiliki D.J termasuklah Nyawa Joe Fernandez....Bodoh punya Blogger ...

    ReplyDelete
  5. I ve read a few of Joe Fernandez's articles on Malaysiakini and am not at all convinced about his reports on the PKR situation in Sabah. He's only telling one side of the story which is very damaging to PKR Sabah and there's not much difference between Malaysiakini and Utusan Malaysia or other tabloids.
    If Malaysiakini is serious about becoming a prominent alternative media , sack Joe Fernandez and get someone else who have a dog sense of information leads to tell to the public ..

    ReplyDelete
  6. Blogger Joe Fernandez janganlah kuat mengampuh DJ,kenapa udah engah boleh makan ke kalau bukan DJ. Apa punya India,sebagai seorang berbangsa India saya amat malu dengan Joe.

    ReplyDelete
  7. After reading a Joe Fernandez's unconvincing and bias articles on PKR Sabah , i seriously doubt his capabilities as journalist which poses a great liabilities to the nation's most prominent alternative media to par with Utusan or other tabloids. Malaysiakini should sack him and get someone who has a dogged sense of information skill to tell the true fact which is what the public desperatly requires.

    ReplyDelete
  8. Apa yang saya tidak faham atau keliru tentang "Sabah PKR chief run to China from debt ?" untuk satu minggu sahaja ??? Budak umur 3 tahun mungkin percayalah tapi si Joe Fernandez ini terpelajarkan ? Boleh mengeluarkan persoalan sedemikian ? Joe , lebih baik ko jadi petani lah ,biar kami petani jadi wartawan Malaysiakini ???

    ReplyDelete